Terkucil Ketika Seks – Bagaimana Hentikan?

Artikel oleh: Jurupulih Kesihatan Wanita | Vibrance

Terkucil ketika seks adalah simptom kemerosotan fungsi pelvik dan tanda risiko peranakan jatuh

Kenali Inkontinen Koital

Ramai wanita yang mengalami masalah terkucil ketika seks tidak berkongsi dengan pakar kesihatan dan mengganggap ianya normal seiring dengan peningkatan umur dan bilangan anak.

Hilang kawalan kencing (terkucil) ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan dikenali juga sebagai Inkontinen Koital (“coital incontinence”) merupakan masalah kesihatan yang perlu diambil berat oleh wanita dan juga pasangan kerana ia juga simptom awal rahim jatuh / tombong.

Simptom Inkontinen Koital

Inkontinen koital boleh terjadi semasa:

  • Inkontinen ketika penetrasi / kemasukan
  • Inkontinen ketika klimaks

Punca Inkontinen Koital

#1 Fizikal:
Otot lantai pelvik lemah dan longgar

Antara sebab berlakunya terkucil dalam kalangan wanita adalah kerana mempunyai otot lantai pelvik (otot vagina) yang lemah dan longgar.

otot lantai pelvik lemah berbanding dengan kuat

Stimulasi seksual boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan salur kencing.

Tekanan ini membebankan lagi otot lantai pelvik (otot faraj) yang sudah lemah dan longgar, maka kita senang terkucil ketika seks.

# 2 Fizikal:

Sudah menghidapi jenis inkontinen urin yang lain

Antara contoh inkontinen lain:

Inkontinen Tekanan Kencing /Stress Urinary Incontinence

Contoh: Terkucil ketika batuk, ketawa, bersin, bersenam atau melakukan aktiviti berat

Inkontinen Terdesak /Urge Urinary Incontinence
Contoh: Tidak dapat tahan untuk ke tandas

 

Stress urinary incontinence upon sexual pressure

Apa akan terjadi kalau dibiarkan?

Sebanyak 20-35% wanita mengalami masalah disfungsi ini.

Jika dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan:

  • kurang keinginan seksual
  • kepayahan untuk mendapatkan klimaks
  • kesan negatif pada hubungan untuk jangka masa panjang
  • kemurungan, dan
  • kurang keyakinan diri

Ia juga indikasi masalah rahim jatuh kerana otot faraj juga menyokong berat organ rahim kita.

rahim posisi jatuh

Terkucil Bukan Sekadar Ketika Hubungan Intim Sahaja

solat and leaking urine
Terkucil ketika solat menyebabkan wuduk terbatal juga amat menyusahkan

Lebih membimbangkan, anda bukan sahaja terkucil ketika hubungan intim, tetapi juga mengalami simptom- simptom di bawah.

  • Sakit pundi kencing
  • Nokturia (kerap bangun untuk kencing di waktu malam)
  • Kencing tidak lawas/ sukar mengosongkan pundi kencing
  • Aliran kencing yang kurang dan perlahan
  • Inkontinen Tekanan Kencing (Stress Urinary Incontinence)
  • Inkontinen Terdesak (Urge Urinary Incontinence)

Rawatan segera boleh membantu pemulihan menyeluruh dalam masa yang pendek.

Jika ditangguh, masalah ini boleh menjadi pencetus masalah dalaman atau masalah fizikal yang lain yang memerlukan kos rawatan medikal yang lebih tinggi dan masa yang lebih lama, malahan tidak terjamin keberkesanan rawatan.

Maka ia juga mampu menjejaskan emosi kita pada jangka masa panjang.

Hentikan inkontinen koital sepenuhnya

Masalah Terkucil Ketika Seks kini boleh diselesaikan sepenuhnya dalam masa 3 bulan tanpa ubat dan cara alternatif yang berisiko.

Untuk rehabilitasiterapi dan rehabilitasi otot lantai pelvik (otot faraj) yang amat berkesan untuk mengembalikan otot faraj kita kepada tahap lebih muda dan kuat.

Ketatkan otot, ketatkan kawalan, ketat dengan kepuasan!

Tanpa perlu makan, minum atau terima suntikan yang merbahaya yang semestinya tidak menyelesaikan punca masalah sebenar.

Cara ini juga lebih berkesan berlamaan tanpa perlu bergantung kepada kerusi / mesin seperti HIFEM atau serupanya. 

Bacalah artikel Part 2 di sini untuk mengetahui secara lanjut cara rawatan terbukti secara klinikal yang semula jadi dan lagi efektif.    

Nak terus cuba rawatan pertama? Klik bawah!

⟵ Back to Uncategorized
×