Atasi Masalah Terkucil Ketika Seks Secara Efektif

Bagaimana Terapi Vibrance Boleh Membantu Masalah Terkucil?

Dari artikel Part 1, kita sudah ketahui bahawa punca utama masalah terkucil adalah dari kelemahan dan kemerosotan fungsi otot lantai pelvik (otot faraj)

Di Vibrance, kami memfokuskan terapi dan rehabilitasi otot tersebut dengan kombinasi cara-cara berikut mengikuti tahap dan keadaan masalah terkucil anda:

Modul: Senaman Otot Lantai Pelvis Secara Betul

Juga dikenali sebagai senaman Kegel. Senaman ini dapat menguatkan kembali otot dengan cara mengemut dan melepas (relex) kawasan otot yang mengelilingi saluran kencing (urethra), faraj, dan usus. 

Senaman ini juga mampu untuk meningkatkan tahap kekuatan otot dan menambah baik kesan seksual bersama pasangan.

Ramai orang telah menyedari kepentingan senaman kemutan ini.

Namun masih ramai yang tidak tahu bahawa mereka melakukannya dengan betul walaupun bertahun-tahun mengamalkannya. 

Maka semestinya keberkesanan dan kelebihan senaman susah untuk dicapai. 

Lebih merisaukan, kesalahan teknik senaman boleh mengakibatkan masalah lain.

Para wanita yang kami bantu di Vibrance turut menghadapi masalah yang sama sebelum menerima rawatan kami.

Jurupulih Kesihatan Wanita seperti saya boleh memastikan senaman anda betul lagi berkesan.   

Modul: Terapi Biofeedback dan Elektrikal

Dalam rehabilitasi otot lantai pelvis, terapi biofeedback menggunakan alat dan peranti perubatan bersifat fizikal dan juga elektrik untuk membantu pesakit bagi mengenal pasti otot yang perlu dikemut dan juga membantu meningkatkan kawalan dan kekuatan otot rahim.

Vibrance mempunyai alat-alat bertaraf gred perubatan yang berdasarkan prinsip rawatan ‘gold standard’ yang diiktiraf di tahap internasional.

 

Modul: Modifikasi Cara Kehidupan yang Mengaktifkan Pundi Kencing

Terapi secara psikologi ini memfokuskan cara kehidupan yang lebih sihat yang mampu meringankan masalah terkucil. 

Kita semua sedia maklum, gaya pemakanan rakyat Malaysia yang sukakan makanan pedas dan berkafein.

Tapi tahukah anda, gaya pemakanan dan minuman seperti ini boleh menyebab iritasi atau mengaktifkan lagi pundi kencing anda? Jadi saranan saya, anda perlu:

a) Mengawal atau elakkan minuman yang manis, berkafein, atau 

b) Elakkan makanan yang terlampau pedas 

Modul: Konsultasi Peribadi dengan Jurupulih Kesihatan Wanita

Pakar fisioterapi memberikan saranan akan posisi atau kedudukan semasa seks, berat badan ideal, dan keperluan kencing sebelum melakukan seks.

Anda boleh cuba rawatan Fisioterapi Pelvik

Inkontinen Koital menyebabkan ramai wanita jadi hilang keyakinan diri dan mengelak untuk melakukan hubungan seks. 

Masalah ini perlu dirawat segera sebelum ia menjadi lebih serius atau mengundang masalah inkontinen jenis yang lain.

Dapatkan konsultasi dan rawatan dari Jurupulih Kesihatan Wanita kami, kami di sini sedia membantu untuk memberikan rawatan yang bersesuaian dan berkesan untuk mengatasi masalah terkucil dan lantai pelvik anda.

Artikel oleh: Jurupulih Kesihatan Wanita | Vibrance

⟵ Back to Uncategorized
×