Kempen Kesihatan Rahim & Pelvik

Ketahui risiko & tahap kejatuhan peranakan pada bulan Hari Wanita 2023

Nak Share dekat kawan:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on pinterest
rahim posisi jatuh

Penting untuk golongan wanita yang sudah mencecah umur 35 tahun ke atas, yang pernah melahirkan anak ATAU menghampiri menopaus


Harga Kempen Mac-Mei 2023 RM190 ALL IN

(6% SST KAMI BAYAR)

Isnin - Ahad
8.00 pagi - 9.00 malam
1 Mac 2023 - 31 Mei 2023

Hanya 3 LANGKAH MUDAH

Pemeriksaan dan pengesanan awal dapat mengelakkan diri daripada perlu berhadapan dengan PEMBEDAHAN. 

Rawatan juga lebih mudah lagi selamat untuk pulihkan keadaan kepada normal.

Bagaimana jika rahim sudah jatuh?

Anda kini boleh mendapatkan rawatan terbukti secara klinikal untuk masalah peranakan jatuh bersempena dengan Kempen Kesedaran kami selepas membuat pemeriksaan di atas.

Sebagai pakar rawatan masalah peranakan jatuh di kalangan wanita, Vibrance merupakan pilihan “referral” kebanyakan pakar sakit puan dan pakar uro-ginekologi di Lembah Klang. 

Kami telah berhasil mengurangkan tahap rahim jatuh pesakit tahap 4 (tahap kritikal) dan juga menyembuhkan kes di peringkat awal untuk para pesakit doktor kami.

Ingin periksa dan dapatkan trial rawatan sekali  

Anda mungkin berisiko tinggi menghidapi “rahim jatuh” sekiranya anda seperti di bawah:

POP Bulging feeling

Rasa berat/tidak selesa di bahagian bawah perut dan kemaluan (ari-ari)

perempuan hamil perlu senaman kegel

Terasa benjolan atau kelonggaran selepas bersalin

Unrecognizable woman is choosing between pad and tampon in the store, selective focus

Terkucil, kerap kencing, kencing tak lawas

spotting panties POP

Tompok darah di luar waktu haid

"Sama seperti ujian Pap Smear, otot rahim kita juga memerlukan penjagaan untuk mengekalkan kualiti hidup"

menstrual_pain_VIBRANCE
  • Elakkan masalah rahim jatuh
  • Mengenalpasti risiko peranakan jatuh
  • Kembalikan posisi organ dalaman lebih awal
  • Elakkan pembedahan buang rahim (dan kewanitaan)
  • Elakkan menopaus tiba awal
  • Nikmati kebebasan melakukan aktiviti kesukaan tanpa sekatan 
  • Hidup berkualiti dan bermartabat
  • Jauhi masalah pelvik seperti terkucil dan kelonggaran 

Masalah rahim jatuh boleh menjadi sangat membimbangkan



Apabila organ dalaman seperti pundi kencing, rahim (uterus), dan rektum tidak berada di posisi yang sepatutnya, fungsi harian badan kita akan terjejas.


Tahap kesihatan dan keadaan mental kita turut dibelenggu.


Bayangkan setiap kali kita perlu kencing, organ rahim yang terjatuh sentiasa menjadi punca jangkitan saluran kencing ("UTI").


Organ dalaman boleh jatuh keluar daripada lubang peranakan, di mana kebiasaanya akan menjadi risiko pembedahan.

Kualiti hidup kita tidak akan sama lagi bila organ kita menonjol keluar setiap kali kita bergerak.

Pengakuan diri pesakit & klien rahim jatuh

(Pesakit A) Tidak selesa semasa bersama suami

“Sudah beberapa kali saya berjumpa bidan untuk mendapatkan urutan sengkak, bertangas, namun masih tiada perubahan”.

“Badan saya tidak rasa seperti dahulu lagi. Saya sentiasa rasa tidak yakin semasa bersama suami”.

Inilah perasaan yang dihadapi Puan A. selepas melahirkan 3 cahaya mata dan masih berusaha untuk mengandung.

Akibat ketidakselesaan dan sakit yang dirasa semasa bersama, Puan A. sentiasa berusaha untuk mendapatkan rawatan.

“Saya sentiasa berasa berat di bahagian bawah perut dan seperti ada suatu benda yang hendak jatuh keluar”

Inilah perkara yang dikongsi Puan A. semasa pertama kali datang mendapatkan rawatan di Vibrance.

(Pesakit B) Saya ingin bergerak bebas seperti orang lain

“Saya berasa tertekan apabila segala aktiviti harian dan pergerakan menjadi terhad selepas mengetahui peranakan saya jatuh.

"Saya tidak boleh bersenam seperti normal kerana organ dalaman saya selalu terjatuh. Saya terpaksa melepaskan hobi menyelam saya."

Saya kerap kena bersihkan "pessary ring" di klinik doktor sebab saya tidak berani dan tidak sanggup masukkan organ dan 'pessary ring' sendiri!

(Pesakit C) Saya berjaya mengelakkan pembedahan pembuangan rahim (uterus)

“Doktor menasihati saya untuk membuat pembedahan pembuangan uterus tapi saya masih muda lagi. Tidak mahu menopaus tiba 10-15 tahun lebih awal, lagi-lagi hormon wanita akan berkurang tanpa makan ubat."

"Saya ikut nasihat alternatif doktor untuk cuba rawatan naikkan rahim secara cara fisioterapi pelvik, dan sudah mampu kukuhkan posisi rahim saya selepas 2 bulan!"

"Doktor kata saya boleh elakkan pembedahan kalau saya meneruskan rawatan naikkan rahim secara fisioterapi."

Naikkan rahim tanpa rasa sakit dengan cara klinikal yang terbukti

Masalah Peranakan Jatuh atau “rahim jatuh” sering dikaitkan dengan pelbagai masalah lain yang boleh menjejaskan kualiti hidup kaum wanita seperti terkucil, masalah usus dan masalah seksual.

Sebahagian wanita mungkin merasakan bahawa kewanitaan mereka dipertaruhkan apabila mereka perlu berhadapan dengan risiko pembedahan untuk membuang rahim untuk mengurangkan bebanan akibat masalah peranakan jatuh.

Banyak yang mencuba urutan, jamu, senaman kemutan dan banyak cara lagi tetapi tidak membuahkan hasil dan ada yang mengalami kejatuhan rahim yang lagi ketara.

Cara klinikal memang terbukti berkesan untuk menaikkan organ dalaman otot rahim kita tanpa perlu rasa sakit atau mencuba resipi jamu atau ubatan.

Tempah Appointment anda di sini

Harga Kempen terhad RM190 NET (SST kami bayar!)
1 Mac 2023 - 31 Mei 2023 sahaja

rahim jatuh malaysia

Kombo dengan Rawatan

Tambahkan impak kepada sesi pemeriksaan anda.


Terapi gred klinikal yang tanpa rasa sakit malah terbukti berkesan
Dapatkan terapi pemulihan pelvik dan naikkan organ dalaman selepas memahami tahap dan risiko kejatuhan rahim anda.
Tanya Jurupulih anda mengenai opsyen rawatan seterusnya untuk kembali atau mencegah masalah rahim jatuh.

Pilih hari dan masa sesi yang bersesuaian dengan jadual anda
Kami buka 8am-9pm setiap hari sempena kempen ini untuk memudahkan pemeriksaan anda

Mengenai Pusat Pemeriksaan kami:

Vibrance Pelvic Health Centre

Vibrance Pelvic Health Centre ialah suatu pusat rawatan penjagaan kesihatan pelvik khusus bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan pelvik yang komprehensif untuk para wanita mengatasi masalah seperti terkucil, peranakan jatuh, masalah seksual, sakit belakang kronik, dan mendapatkan semula fungsi dan kesihatan optimum otot lantai pelvis.

Dilengkapi dengan peralatan terkini untuk penilaian dan rawatan yang bersesuaian, beserta bimbingan dari Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang mahir dalam mengatasi masalah kesihatan pelvis.

Ianya termasuk kondisi seperti masalah terkucil, peranakan jatuh, masalah seksual, sakit belakang kronik, dan juga untuk membina keyakinan diri dan kualiti hidup pada masa akan datang.

Dengan gabungan teknologi terkini, alat “biofeedback” yang terbukti berkesan secara klinikal beserta bimbingan daripada Fisioterapi Kesihatan Wanita yang berpengalaman dan berkelayakan, Vibrance Pelvic Health Centre telah membantu ramai wanita mendapatkan semula kawalan dalaman dan keyakinan diri mereka.

×