Apa Itu Prolaps Organ Pelvis?
Organ pelvis kita disokong oleh otot lantai pelvis yang terletak di dasar kawasan pelvis anda. Ia menyokong pundi kencing, rahim, dan usus kita.
Prolaps berlaku apabila otot lantai pelvis tidak lagi mampu menyokong dan menahan organ-organ ini di tempatnya kerana ia mungkin telah lemah atau rosak.
Ini menyebabkan organ pelvis mengalami prolaps di mana organ akan terkeluar dari vagina.
Jenis-jenis prolaps organ pelvis:
- Prolaps Pundi Kencing – pundi kencing terkeluar dari vagina.
- Prolaps Uterus (‘rahim jatuh’) – rahim menonjol ke dalam atau keluar dari vagina.
- Prolaps Rektum – rektum menonjol ke dalam atau keluar dari vagina.
Prolaps Organ Pelvis
Wanita biasanya akan merasakan adanya bonjolan dalam vagina. Gejala lain prolaps organ pelvis termasuk:
- Rasa atau melihat sesuatu jatuh keluar dari vagina
- Sakit semasa hubungan intim
- Rasa tekanan atau ketidakselesaan dalam pelvis
- Masalah kawalan pundi kencing seperti kebocoran atau keinginan kencing yang mendesak
- Sembelit
Tanda-tanda awal prolaps adalah ringan dan sukar untuk dikesan dan senang dianggap isu-isu yang lain. Apabila anda mengalami mana-mana gejala di atas, ia mungkin sudah agak teruk dan pilihan rawatan mungkin terhad kepada intervensi pembedahan.
Sesetengah wanita mengalami lebih daripada satu gangguan lantai pelvis, seperti prolaps organ pelvis dengan inkontinens urin.
Apa Penyebab Prolaps Organ Pelvis?
Penyebab umum termasuk:
- Proses kehamilan, proses bersalin (penyebab paling biasa)
- Batuk, bersin jangka panjang (tekanan ke sokongan pelvis)
- Menopaus (kemerosotan otot)
- Sembelit
- Kanser organ pelvis (organ pelvis bertambah berat)
- Obesiti
- Pembuangan rahim melalui pembedahan (histerektomi)
Bagaimana Prolaps Organ Pelvis Didiagnosis?
Prolaps tahap akhir biasanya tidak memerlukan diagnosis profesional kerana ia kelihatan di pintu masuk vagina atau di luar vagina.
Manakala prolaps tahap awal berlaku secara perlahan dalam badan kita dan oleh itu memerlukan pemeriksaan pelvis untuk intervensi yang berkesan dan tepat pada masanya.
Di Vibrance, kami menawarkan Pemeriksaan Prolaps Wanita untuk memeriksa keadaan otot lantai pelvis anda dan juga tanda-tanda prolaps organ pelvis. Dilakukan oleh Ahli Fisioterapi Kesihatan Wanita yang berpengalaman, mereka akan berkonsultasi dengan gejala anda dan melakukan pemeriksaan pelvis fizikal untuk menentukan.
Bagaimana Prolaps Organ Pelvis Dirawat?
Terdapat beberapa pilihan untuk merawat prolaps organ pelvis. Ia sangat bergantung pada tahap prolaps anda.
Pemulihan rehabilitasi otot lantai pelvis biasanya disarankan untuk membantu menguatkan semula sokongan organ pelvis supaya tidak kejatuhan organ pelvis.
Untuk kes yang lebih teruk, anda mungkin disarankan menggunakan cincin pessary atau pembedahan untuk menyokong organ pelvis, di samping pemulihan otot lantai pelvis untuk menguruskan keadaan dan mengelakkan prolaps yang boleh menyebabkan kesan negatif yang teruk pada kualiti hidup anda.
Buat masa sekarang tiada ubatan yang boleh mengembalikan otot lantai pelvik sahaja yang menyokong kedudukan rahim dan organ pelvis kita. Jadi rehabilitasi secara fisioterapi pelvik adalah cara pertahanan pertama dari segi klinikal yang ada bukti saintifik berdekad-dekad.
Dapatkan Rawatan Rehabilitasi yang Terbukti Berkesan
Jika anda rasa anda mungkin mengalami mana-mana gejala di atas, sila hubungi Ahli Fisioterapi Kesihatan Wanita kami untuk memeriksa keadaan pelvis anda dan membantu anda memulihkan dan menguatkan otot lantai pelvis anda.
Rawatan yang kami tawarkan adalah penyelesaian bukan pembedahan yang menggunakan kaedah terbukti secara klinikal yang melibatkan terapi fizikal dan penggunaan peranti perubatan. Ini bermakna rawatan adalah selamat dan terbukti berkesan dalam memberikan HASIL YANG BERKEKALAN DAN TERUKUR (tidak seperti rawatan estetik yang berisiko seperti laser, suntikan jarum, dan lain-lain).
Prolaps boleh dicegah sepenuhnya dengan intervensi awal. Mulakan dengan pemeriksaan prolaps hari ini dengan mengklik butang di bawah.