Elakkan rahim jatuh dengan cara klinikal

Start Naikkan Rahim

Sihat dan Ketat Dengan Fisio Pelvik Vibrance

Kenali Cara Naikkan Rahim Cara Klinikal

Khas bagi golongan wanita mencecah umur 35 tahun, pernah hamil dan lahirkan anak, atau menghampiri menopaus

Prosedur Klinikal yang Terbukti dan Tidak Menyakitkan

Kenali Prosedur Naikkan Rahim

Cara Fisioterapi Pelvik Vibrance

1. Pemeriksaan Pelvik

Jurufisio Pelvik bertauliah membuat pemeriksaan fizikal bahagian pelvik termasuk:

  • ultrasound pelvik
  • pemerhatian visual saluran faraj
  • konsultasi mengenai keputusan pemeriksaan
  • pendapat klinikal dan cadangan rawatan

2. Rehabilitasi Pelvik

Rawatan klinikal yang sesuai bagi keadaan sedia ada anda, termasuk:

  • Teknik Jurufisio Pelvik secara manual
  • Teknologi biofeedback unik di Vibrance 
  • Dibantu peranti perubatan khusus pelvik 
  • Teknik Behavior Modification

Kenapa Rahim Boleh Jatuh?

1. Kelemahan Otot Rahim

Kedudukan rahim dan pembukaan faraj adalah disokong oleh kekuatan otot lantai pelvik di dalam badan kita.

Apabila otot pelvik kita merosot dan lemah lentur, ia tidak mampu menyokong berat rahim. Maka inilah yang lazim dikenali sebagai ‘rahim jatuh’.

2. Proses Kehamilan & Menopause

Otot lantai pelvik ditarik dan dilentur ketika bayi berkembang dalam badan. Kehamilan lebih dari satu menambah kelemahan otot ini.

Menopause juga ada kesan langsung yang mengecutkan otot lantai pelvik apabila hormon berkurang mendadak, maka sokongan rahim menghilang dengan otot.

rahim jatuh dan posisi rahim

Anda Mungkin Sudah Kejatuhan Rahim

Tanda-tanda ini kerap ada dengan rahim jatuh

POP Bulging feeling

Rasa berat / tidak selesa di bahagian bawah

IMG_2820

Terasa benjolan atau kelonggaran selepas bersalin

Unrecognizable woman is choosing between pad and tampon in the store, selective focus

Terkucil, kerap kencing, kencing tak lawas

spotting panties POP

Tompok darah di luar waktu haid

Naikkan rahim tanpa rasa sakit

dengan Fisioterapi Pelvik Vibrance

Fisioterapi Pelvik adalah…

Terbukti Secara Klinikal Berkesan

Rehab Fisioterapi Pelvik mempunyai bukti klinikal yang amat kukuh kerana sudah digunakan berdekad-dekad dalam bidang perubatan.

Prosedur adalah tidak sakit dan tiada downtime dan tiada kesan negatif langsung, maka paling selamat untuk badan kita

Membantu anda elakkan:
Cara-cara ‘trending’ tapi tiada bukti klinikal yang kukuh bagi masalah rahim jatuh seperti HIFEM / kerusi Kegel Emsella

Rehab Fisioterapi Pelvik adalah…

Diperibadikan mengikut kesihatan anda

Prinsip rawatan yang betul bagi rehabilitasi rahim jatuh memerlukan penilaian tahap kejatuhan dan juga rawatan di tahap punca masalah

Cara fisio pelvik adalah dikhususkan mengikut keadaan setiap pesakit / individu kerana setiap kes adanya gabungan faktor yang berlainan seperti umur, berat badan

Membantu anda elakkan:
Kelepasan peluang dan masa keemasan untuk dapatkan rawatan yang betul yang menjadikan rahim jatuh menjadi masalah pembedahan. Cara-cara dosage ‘standard’ seperti HIFEM. 

Rehab Fisioterapi Pelvik…

Sasarkan Punca Masalah Rahim Jatuh

Fisioterapi pelvik adalah rawatan pertahanan pertama bagi rahim jatuh.

Jurufisio Pelvik yang bertauliah akan menggunakan teknik fisio, peranti perubatan ‘biofeedback’, dan cara-cara piawai emas klinikal untuk rehabilitasi kekuatan otot rahim anda

Membantu anda elakkan:
Pembedahan pembuangan uterus. Pembedahan rekonstruktif pelvik. Rehab selepas pembedahan. Masalah terkucil selepas pembedahan. Risiko pembedahan

 

Bagaimana jika sudah rahim jatuh?

Mulakan Rehabilitasi Rawatan Fisio Pelvik Serta-Merta

Tahap kejatuhan di peringkat awal dan sederhana seperti stage 1-2 boleh dirawat dengan fisioterapi pelvik di mana semua cara rawatan adalah khas untuk rehabilitasi otot lantai pelvik dengan bukti sains yang kukuh
Masih Membantu Meskipun Tahap Lewat
Fisioterapi Pelvik di Vibrance telah berhasil mengurangkan tahap rahim jatuh pesakit tahap 3.5 (tahap kritikal) supaya boleh elakkan pembedahan dan mengekalkan supaya tidak jatuh lagi

Apakah akibat rahim jatuh?

  • Kesukaran membuang air kencing atau air besar
  • Kesakitan atau tekanan benjolan di bahagian ari-ari / pelvik 
  • Jangkitan saluran kencing (UTI) 
  • Jangkitan bakteria disebabkan organ terkeluar dari badan
  • Kesakitan atau kesukaran seks
  • Sukar menjalankan aktiviti harian seperti berjalan atau senaman
  • Emosi terjejas
stages of uterine prolapse rahim jatuh

Dibiarkan ke stage 4 rahim mungkin perlu dibuang secara pembedahan

Pengakuan Pesakit Rahim Jatuh

menstrual_pain_VIBRANCE

Pesakit A:
Tidak Selesa Semasa Bersama Suami

“Sudah beberapa kali saya berjumpa bidan untuk mendapatkan urutan sengkak, bertangas, namun masih tiada perubahan”.

“Badan saya tidak rasa seperti dahulu lagi. Saya sentiasa rasa tidak yakin semasa bersama suami”.

Inilah perasaan yang dihadapi Puan A. selepas melahirkan 3 cahaya mata dan masih berusaha untuk mengandung.

Akibat ketidakselesaan dan sakit yang dirasa semasa bersama, Puan A. sentiasa berusaha untuk mendapatkan rawatan.

“Saya sentiasa berasa berat di bahagian bawah perut dan seperti ada suatu benda yang hendak jatuh keluar”

Pesakit B:
Saya ingin bergerak bebas semula

“Saya berasa tertekan apabila segala aktiviti harian dan pergerakan menjadi terhad selepas mengetahui peranakan saya jatuh.

"Saya tidak boleh bersenam seperti normal kerana organ dalaman saya selalu terjatuh. Saya terpaksa melepaskan hobi menyelam saya."

Saya kerap kena bersihkan "pessary ring" di klinik doktor sebab saya tidak berani dan tidak sanggup masukkan organ dan 'pessary ring' sendiri!

Pesakit C:
Berjaya elakkan pembedahan pembuangan rahim

“Doktor menasihati saya untuk membuat pembedahan pembuangan uterus tapi saya masih muda lagi. Tidak mahu menopaus tiba 10-15 tahun lebih awal, lagi-lagi hormon wanita akan berkurang tanpa makan ubat."

"Saya ikut nasihat alternatif doktor untuk cuba rawatan naikkan rahim secara cara fisioterapi pelvik, dan sudah mampu kukuhkan posisi rahim saya selepas 2 bulan!"

"Doktor kata saya boleh elakkan pembedahan kalau saya meneruskan rawatan naikkan rahim secara fisioterapi."

Perbandingan Rawatan Rahim Jatuh

Kriteria Klinikal Rawatan Rahim Jatuh Fisioterapi Pelvik Vibrance Cara intervensi lain bagi rahim jatuh
Prinsip Rawatan ✅ Rehabilitasi sokongan otot lantai pelvik Tidak rehabilitasi sokongan rahim
Penilaian Klinikal Tahap Kejatuhan ✅Ada Ada di Doktor / Gynae
Rawatan Diperibadikan? ✅Ya. Tahap kejatuhan diambil kira Urut atau mesin seperti kerusi HIFEM kurang prihatin
Dos Rawatan Disesuaikan? ✅Ada.

Disesuaikan ikut pesakit
Mesin atau urut lazimnya dos standard tanpa mengira tahap kejatuhan.
Terbukti Klinikal?
Ya. Terbukti secara klinikal berkesan dengan bukti kukuh 2-3 dekad
Kekurangan bukti kukuh ataupun tidak hasilkan kesan yang boleh diukur
Perlu Pergantungan? Tiada pergantungan.

Rawatan mengembalikan sokongan rahim dan boleh ‘self-maintenance’ selepas rehabilitasi penuh
Mesin memerlukan pergantungan kerana kesan rawatan menghilang dengan masa. Pesakit tidak mampu ‘self-maintenance’ tanpa mesin

Soalan Lazim / FAQ

Vibrance Pelvic Health Centre
Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia: Pautan Google Maps

 

Panduan Arah:
https://vibrance.com.my/ms/bagaimana-untuk-ke-sini/

Isnin-Ahad
9.00am-9.00pm

Tertakluk kepada perubahan seperti cuti umum atau secara pengumuman khas di Google Maps kami. 

Pakej Rahim Jatuh (A)
Pemeriksaan Rahim sahaja
RM190+SST
>> Buat Appointment

Pakej Rahim Jatuh (B)

Pemeriksaan Rahim + Signature Rehab Fisio Pelvik Vibrance
RM280+SST
>> Buat Appointment

Harga terpapar sah sehingga 31 Dec 2024

Anda digalakkan mengambil Pakej Rahim Jatuh (B). (Klik FAQ di atas untuk info)

Jurufisio Pelvik anda akan membuat penilaian tahap kejatuhan terkini dan memberikan rawatan rehab setimpalnya.
Pandangan klinikal dan cadangan rawatan berikutnya juga akan diberikan untuk rehabilitasi sokongan rahim anda.   

Kebanyakan pesakit/pelanggan akan mencapai kesan dan hasil rehabilitasi yang diperlukan untuk kembalikan sokongan dalam 2-3 bulan bagi kes tahap awal ke sederhana.

Kes tahap stage 3 dan ke atas (serius) memerlukan penilaian Jurufisio Pelvik kami untuk mendapatkan pandangan klinikal yang tepat.

Kerusi HIFEM atau produk EMChair/Kegel tidak harus digunakan oleh pesakit yang sudah ada rahim jatuh:

  • Tidak direka untuk merawat rahim jatuh
  • Tiada bukti klinikal untuk merawat rahim jatuh 
  • Maka boleh memudaratkan lagi kedudukan rahim dan organ pelvik yang sudah jatuh

Doktor pakar/gynae turut tidak menggalakkan HIFEM untuk pesakit yang sudah ada rahim jatuh kerana rahim jatuh adalah masalah kesihatan yang memerlukan bimbingan profesional ahli medikal/klinikal.    

Ya. Fisioterapi Pelvik mampu rehabilitasi masalah rahim jatuh di punca masalah, di mana sokongan rahim oleh otot lantai pelvik boleh dipulih dan dikuatkan semula walaupun usia tinggi. 

Kami pernah membantu pesakit pada umur 70an untuk mendapatkan kesan pemulihan yang optimal dalam 2-3 bulan. 

JuruFisio Pelvik kami akan mengajar anda cara-cara dan tips penjagaan sendiri dan juga jika ada apa-apa perubahan gaya hidup yang diperlukan supaya kita tidak melemahkan lagi sokongan rahim dan boleh mengekalkan kesan rawatan untuk jangka masa panjang.  

Ini juga bergantung kepada tahap kejatuhan dan kemerosotan sokongan rahim (otot lantai pelvik) anda, sesetengah kes rahim jatuh terutamanya pada peringkat lewat akan memerlukan penjagaan sendiri yang lebih kerap supaya boleh mengekalkan kesan rawatan.  

Jadi lebih baik mencegah ataupun dirawat di peringkat awal supaya boleh mengurangkan risiko rahim jatuh kepada minimum. 

Anda boleh membaca Google Reviews kami di sini

Anda boleh hubungi Konsultan Kesihatan Pelvik dan Jurufisio Pelvik kami di mana-mana cara berikut:

> WhatsApp Careline:  011-59385962

> Instagram

> Phone: 03-22012115

> Facebook

Mengenai
Vibrance Pelvic Health Centre

vibrance-pelvic-care-center-1

Vibrance Pelvic Health Centre ialah pusat rawatan penjagaan kesihatan pelvik khusus bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan pelvik yang komprehensif untuk para wanita.

Masalah pelvik yang boleh dirawati adalah seperti terkucil, peranakan jatuh, masalah seksual, sakit belakang kronik.

Dengan gabungan teknologi terkini, alat “biofeedback” yang terbukti berkesan secara klinikal beserta bimbingan daripada Fisioterapi Kesihatan Wanita yang berpengalaman dan berkelayakan, Vibrance Pelvic Health Centre telah membantu ramai wanita mendapatkan semula kawalan dalaman dan keyakinan diri mereka.

Review & Testimoni Pelanggan

×