Rahim Jatuh & Rawatan | Vibrance

Kebijaksanaan mak dulu-dulu, rahim jatuh boleh dicegah

Start Naikkan Rahim

Sihat dan Ketat Dengan Rawatan Cara Klinikal

Share dekat kawan dan keluarga:

rahim jatuh dan posisi rahim

Kenali Cara Naikkan Rahim Cara Klinikal

Penting untuk golongan wanita yang sudah mencecah umur 35 tahun ke atas, yang pernah melahirkan anak ATAU menghampiri menopaus

Prosedur Klinikal yang Terbukti dan Tidak Menyakitkan

Anda berisiko tinggi rahim jatuh jika:

POP Bulging feeling

Rasa berat / tidak selesa di bahagian bawah perut dan kemaluan (ari-ari)

perempuan hamil perlu senaman kegel

Terasa benjolan atau kelonggaran selepas bersalin

Unrecognizable woman is choosing between pad and tampon in the store, selective focus

Terkucil, kerap kencing, kencing tak lawas

spotting panties POP

Tompok darah di luar waktu haid

Kenali Prosedur Naikkan Rahim

Cara Fisioterapi Pelvik Vibrance


Permulaan Prosedur:
Pemeriksaan Kedudukan Rahim 

Jurufisio Pelvik bertauliah akan membuat pemeriksaan fizikal bahagian pelvik termasuk:

  • ultrasound pelvik
  • pemerhatian visual saluran faraj
  • konsultasi mengenai keputusan pemeriksaan
  • pendapat klinikal dan cadangan rawatan


Prosedur Rawatan:
Rehabilitasi Pelvik dengan Cara Klinikal

Jurufisio Pelvik bertauliah akan memberikan kombinasi rawatan klinikal yang sesuai bagi keadaan sedia ada anda, seperti:

  • Teknik Jurufisio Pelvik secara manual
  • Teknologi biofeedback unik di Vibrance
  • Rawatan E-Stim untuk aktifkan otot pelvik yang terlampau lemah
  • Teknik Behavior Modification
  • Cara Pengendalian Kehidupan Harian sewaktu mendapatkan rehab

Prosedur Naikkan Rahim Membantu Anda

Pregnant woman getting ultrasound from doctor
  • Elakkan masalah rahim jatuh sepenuhnya
  • Kembalikan posisi organ dalaman lebih senang
  • Elakkan pembedahan buang rahim
  • Elakkan menopaus tiba awal akibat pembedahan
  • Nikmati kebebasan melakukan aktiviti kesukaan tanpa sekatan 
  • Hidup berkualiti dan bermartabat
  • Jauhi masalah pelvik seperti terkucil dan kelonggaran 

Kenapa Rahim Boleh Jatuh?

Video: Proses kejatuhan rahim yang berlaku dalam badan lazimnya tanpa pengetahuan kita  

Sokongan Rahim Lemah, Tidak Lagi Larat 

Kedudukan rahim dan pembukaan faraj adalah disokong oleh kekuatan otot lantai pelvik di dalam badan kita. 

Apabila otot pelvik kita merosot dan lemah lentur, ia tidak mampu menyokong berat rahim, pundi kencing, dan juga rektum kita. Maka inilah yang lazim dikenali sebagai ‘rahim jatuh’.  

Proses Kehamilan dan Menopause Mempercepatkan Lagi Kejatuhan 

Otot lantai pelvik amat ditarik dan dilentur ketika bayi berkembang dalam badan. Kehamilan lebih dari satu kali tanpa rehab pelvik akan bertambah teruk kelemahan otot ini.

Menopause juga ada kesan langsung yang mengecutkan otot lantai pelvik apabila hormon estrogen dan progesterone berkurang mendadak, jadi sokongan rahim juga dilemahkan akibat kehilangan otot.

menstrual_pain_VIBRANCE

Masalah rahim jatuh dibiarkan ke stage 4 akan menjadi masalah pembedahan



Apabila organ dalaman seperti pundi kencing, rahim (uterus), dan rektum tidak berada di posisi yang sepatutnya, fungsi harian badan kita akan terjejas.


Tahap kesihatan dan keadaan mental kita turut dibelenggu.


Bayangkan setiap kali kita perlu kencing, organ rahim yang terjatuh sentiasa menjadi punca jangkitan saluran kencing ("UTI").


Organ dalaman boleh jatuh keluar daripada pembukaan peranakan, di mana kebiasaannya akan menjadi risiko pembedahan.

Kualiti hidup kita tidak akan sama lagi bila organ kita menonjol keluar setiap kali kita bergerak.

stages of uterine prolapse rahim jatuh

Pengakuan diri pesakit rahim jatuh

(Pesakit A) Tidak selesa semasa bersama suami

“Sudah beberapa kali saya berjumpa bidan untuk mendapatkan urutan sengkak, bertangas, namun masih tiada perubahan”.

“Badan saya tidak rasa seperti dahulu lagi. Saya sentiasa rasa tidak yakin semasa bersama suami”.

Inilah perasaan yang dihadapi Puan A. selepas melahirkan 3 cahaya mata dan masih berusaha untuk mengandung.

Akibat ketidakselesaan dan sakit yang dirasa semasa bersama, Puan A. sentiasa berusaha untuk mendapatkan rawatan.

“Saya sentiasa berasa berat di bahagian bawah perut dan seperti ada suatu benda yang hendak jatuh keluar”

Inilah perkara yang dikongsi Puan A. semasa pertama kali datang mendapatkan rawatan di Vibrance.

(Pesakit B) Saya ingin bergerak bebas seperti orang lain

“Saya berasa tertekan apabila segala aktiviti harian dan pergerakan menjadi terhad selepas mengetahui peranakan saya jatuh.

"Saya tidak boleh bersenam seperti normal kerana organ dalaman saya selalu terjatuh. Saya terpaksa melepaskan hobi menyelam saya."

Saya kerap kena bersihkan "pessary ring" di klinik doktor sebab saya tidak berani dan tidak sanggup masukkan organ dan 'pessary ring' sendiri!

(Pesakit C) Berjaya elakkan pembedahan pembuangan rahim

“Doktor menasihati saya untuk membuat pembedahan pembuangan uterus tapi saya masih muda lagi. Tidak mahu menopaus tiba 10-15 tahun lebih awal, lagi-lagi hormon wanita akan berkurang tanpa makan ubat."

"Saya ikut nasihat alternatif doktor untuk cuba rawatan naikkan rahim secara cara fisioterapi pelvik, dan sudah mampu kukuhkan posisi rahim saya selepas 2 bulan!"

"Doktor kata saya boleh elakkan pembedahan kalau saya meneruskan rawatan naikkan rahim secara fisioterapi."

Bagaimana jika rahim sudah jatuh?

Rehabilitasi dengan Rawatan Rehab Fisio Pelvik 

Tahap kejatuhan di peringkat awal dan sederhana seperti stage 1-2 boleh dirawat dengan fisioterapi pelvik di mana semua cara rawatan adalah khas untuk rehabilitasi otot lantai pelvik dengan bukti sains yang kukuh

Masih Membantu Meskipun Tahap Lewat 

Fisioterapi Pelvik di Vibrance telah berhasil mengurangkan tahap rahim jatuh pesakit tahap 3.5 (tahap kritikal) supaya boleh elakkan pembedahan dan mengekalkan supaya tidak jatuh lagi

Naikkan rahim tanpa rasa sakit dengan cara klinikal yang terbukti

dengan Rehab Fisioterapi Pelvik

Fisioterapi Pelvik adalah…

Terbukti Secara Klinikal Berkesan

Rehab Fisioterapi Pelvik mempunyai bukti klinikal yang amat kukuh kerana sudah digunakan berdekad-dekad di bidang perubatan

Prosedur rawatan adalah tidak sakit dan tiada downtime dan tiada kesan negatif langsung, maka paling selamat untuk badan kita.  

Ia sesuai untuk mencegah rahim jatuh dan rehabilitasi untuk stage 1-2, maka juga masih berguna untuk stage 3. 

Membantu anda elakkan:
Cara-cara ‘trending’ tapi tiada bukti klinikal yang kukuh bagi masalah rahim jatuh seperti HIFEM / kerusi Kegel Emsella

 

Rehab Fisioterapi Pelvik adalah…

Diperibadikan mengikut kesihatan anda

Prinsip rawatan yang betul bagi rehabilitasi rahim jatuh memerlukan penilaian tahap kejatuhan dan juga rawatan di tahap punca masalah.

Cara fisio pelvik adalah dikhususkan mengikut keadaan setiap pesakit/individu kerana setiap kes adanya gabungan faktor yang berlainan seperti umur, berat badan, maka cara rawatan dan progres rawatan juga perlu diperhatikan dari kes ke kes.      

Membantu anda elakkan:
Kelepasan peluang dan masa keemasan untuk dapatkan rawatan yang betul yang menjadikan rahim jatuh menjadi masalah pembedahan. Cara-cara dosage ‘standard’ seperti HIFEM. 

Rehab Fisioterapi Pelvik…

Sasarkan Punca Masalah Rahim Jatuh

Disebabkan kerberkesanannya, fisioterapi pelvik adalah rawatan pertahanan pertama bagi rahim jatuh.

Jurufisio Pelvik yang bertauliah akan menggunakn teknik manual, terapi eletrik, peranti perubatan ‘biofeedback’, dan cara-cara piawai emas klinikal untuk rehabilitasi sokongan rahim anda. 

Membantu anda elakkan:
Pembedahan pembuangan uterus. Pembedahan rekonstruktif pelvik. Rehab selepas pembedahan. Masalah terkucil selepas pembedahan. Risiko pembedahan.

 

Perbandingan Prinsip Rawatan Rahim Jatuh

Kriteria Klinikal Rawatan Rahim Jatuh Fisioterapi Pelvik Vibrance Cara intervensi lain bagi rahim jatuh
Prinsip Rawatan ✅ Rehabilitasi sokongan otot lantai pelvik Tidak rehabilitasi sokongan rahim
Penilaian Klinikal Tahap Kejatuhan ✅Ada Ada di Doktor / Gynae
Rawatan Diperibadikan? ✅Ya. Tahap kejatuhan diambil kira Urut atau mesin seperti kerusi HIFEM kurang prihatin
Dos Rawatan Disesuaikan? ✅Ada.

Disesuaikan ikut pesakit
Mesin atau urut lazimnya dos standard tanpa mengira tahap kejatuhan.
Terbukti Klinikal?
Ya. Terbukti secara klinikal berkesan dengan bukti kukuh 2-3 dekad
Kekurangan bukti kukuh ataupun tidak hasilkan kesan yang boleh diukur
Perlu Pergantungan? Tiada pergantungan.

Rawatan mengembalikan sokongan rahim dan boleh ‘self-maintenance’ selepas rehabilitasi penuh
Mesin memerlukan pergantungan kerana kesan rawatan menghilang dengan masa. Pesakit tidak mampu ‘self-maintenance’ tanpa mesin

Soalan Lazim / FAQ

Vibrance Pelvic Health Centre
Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia: Pautan Google Maps

 

Panduan Arah:
https://vibrance.com.my/ms/bagaimana-untuk-ke-sini/

Isnin-Ahad
9.00am-9.00pm

Tertakluk kepada perubahan seperti cuti umum atau secara pengumuman khas di Google Maps kami. 

Pakej Rahim Jatuh (A)
Pemeriksaan Rahim sahaja
RM190+SST
>> Buat Appointment

Pakej Rahim Jatuh (B)

Pemeriksaan Rahim + Signature Rehab Fisio Pelvik Vibrance
RM280+SST
>> Buat Appointment

Harga terpapar sah sehingga 31 Dec 2024

Anda digalakkan mengambil Pakej Rahim Jatuh (B). (Klik FAQ di atas untuk info)

Jurufisio Pelvik anda akan membuat penilaian tahap kejatuhan terkini dan memberikan rawatan rehab setimpalnya.
Pandangan klinikal dan cadangan rawatan berikutnya juga akan diberikan untuk rehabilitasi sokongan rahim anda.   

Kebanyakan pesakit/pelanggan akan mencapai kesan dan hasil rehabilitasi yang diperlukan untuk kembalikan sokongan dalam 2-3 bulan bagi kes tahap awal ke sederhana.

Kes tahap stage 3 dan ke atas (serius) memerlukan penilaian Jurufisio Pelvik kami untuk mendapatkan pandangan klinikal yang tepat.

Kerusi HIFEM atau produk EMChair/Kegel tidak harus digunakan oleh pesakit yang sudah ada rahim jatuh:

  • Tidak direka untuk merawat rahim jatuh
  • Tiada bukti klinikal untuk merawat rahim jatuh 
  • Maka boleh memudaratkan lagi kedudukan rahim dan organ pelvik yang sudah jatuh

Doktor pakar/gynae turut tidak menggalakkan HIFEM untuk pesakit yang sudah ada rahim jatuh kerana rahim jatuh adalah masalah kesihatan yang memerlukan bimbingan profesional ahli medikal/klinikal.    

Ya. Fisioterapi Pelvik mampu rehabilitasi masalah rahim jatuh di punca masalah, di mana sokongan rahim oleh otot lantai pelvik boleh dipulih dan dikuatkan semula walaupun usia tinggi. 

Kami pernah membantu pesakit pada umur 70an untuk mendapatkan kesan pemulihan yang optimal dalam 2-3 bulan. 

JuruFisio Pelvik kami akan mengajar anda cara-cara dan tips penjagaan sendiri dan juga jika ada apa-apa perubahan gaya hidup yang diperlukan supaya kita tidak melemahkan lagi sokongan rahim dan boleh mengekalkan kesan rawatan untuk jangka masa panjang.  

Ini juga bergantung kepada tahap kejatuhan dan kemerosotan sokongan rahim (otot lantai pelvik) anda, sesetengah kes rahim jatuh terutamanya pada peringkat lewat akan memerlukan penjagaan sendiri yang lebih kerap supaya boleh mengekalkan kesan rawatan.  

Jadi lebih baik mencegah ataupun dirawat di peringkat awal supaya boleh mengurangkan risiko rahim jatuh kepada minimum. 

Anda boleh membaca Google Reviews kami di sini

Anda boleh hubungi Konsultan Kesihatan Pelvik dan Jurufisio Pelvik kami di mana-mana cara berikut:


> WhatsApp Careline:  011-59385962

> Instagram

> Phone: 03-22012115

> Facebook

Mengenai
Vibrance Pelvic Health Centre

vibrance-pelvic-care-center-1

 

Vibrance Pelvic Health Centre ialah pusat rawatan penjagaan kesihatan pelvik khusus bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan pelvik yang komprehensif untuk para wanita mengatasi masalah seperti terkucil, peranakan jatuh, masalah seksual, sakit belakang kronik, dan mendapatkan semula fungsi dan kesihatan optimum otot lantai pelvis.

Dilengkapi dengan peralatan terkini untuk penilaian dan rawatan yang bersesuaian, beserta bimbingan dari Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang mahir dalam mengatasi masalah kesihatan pelvis.

Ianya termasuk kondisi seperti masalah terkucil, peranakan jatuh, masalah seksual, sakit belakang kronik, dan juga untuk membina keyakinan diri dan kualiti hidup pada masa akan datang.

Dengan gabungan teknologi terkini, alat “biofeedback” yang terbukti berkesan secara klinikal beserta bimbingan daripada Fisioterapi Kesihatan Wanita yang berpengalaman dan berkelayakan, Vibrance Pelvic Health Centre telah membantu ramai wanita mendapatkan semula kawalan dalaman dan keyakinan diri mereka.

Reviews & Testimoni Pesakit / Pelanggan

×