Naikkan Peranakan / Rahim Selepas Bersalin

Artikel Dikemaskini 30 June 2024
Oleh: Fisioterapis Pelvik | Vibrance

Betulkah Urut Sengkak boleh Menaikkan Rahim Selepas Bersalin?

Biasanya, wanita selepas bersalin sudah sinonim dengan urutan traditional sengkak yang bertujuan untuk menaikkan kembali kedudukan rahim. 

Namun, sejauh mana keberkesanannya dalam mengekakalkan kedudukan rahim di tempat asalnya? 

Jawapan ringkasnya adalah – tidak berkesan langsung untuk masalah rahim jatuh (pautan Berita Harian interview dengan pakar ObGyn)

 

Kenapa urut tidak berkesan untuk pesakit rahim jatuh?

Untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu kenalpasti bagaimana sebenarnya proses rahim jatuh terjadi. 

otot lantai pelvik lemah berbanding dengan kuat

Semua wanita ada Otot Lantai Pelvis yang terletak di bahagian bawah pundi kencing, rahim dan saluran najis (rektum). 

Tugas otot ini adalah untuk menyokong kedudukan organ-organ ini di tempat asalnya (lihat gambar di atas).

Ketiga-tiga organ ini berada di tempatnya kerana disokong dan dipegang kukuh oleh otot lantai pelvis dan menghalang organ-organ ini dari jatuh.

Apabila otot lantai pelvis ini lemah dan tisu-tisu di sekelilingnya terkoyak atau meregang akan menyebabkan rahim terjatuh ke dalam faraj yang lebih dikenali sebagai rahim jatuh atau peranakan jatuh.

Kesan ke atas otot lantai pelvik wanita selepas bersalin

perempuan hamil perlu senaman kegel

Selepas bersalin, otot lantai pelvis menjadi lemah disebabkan regangan dan kecederaan yang di alami semasa proses bersalin. 

Lebih-lebih lagi, tekanan yang tinggi terhadap otot ini selama 9 bulan bagi menampung berat bayi juga telah menjadikannya makin lemah. 

rahim jatuh dan posisi rahim

Bagaimana pula dengan senaman Kegel yang dapat bantu menaikkan rahim? Adakah ianya fakta atau hanya auta?

Senaman Kegel atau lebih dikenali sebagai senaman ‘kemut’ merupakan satu-satunya cara untuk menguatkan kembali otot lantai pelvis selepas bersalin.

Ramai di antara kita memang pernah dengar atau pernah mencuba senaman.

Tetapi ramai lagi yang tidak ketahui jika ia dibuat secara betul, kerana otot lantai pelvik tidak dapat dilihat

Jika otot boleh menjadi lemah sudah pasti ia boleh dikuatkan kembali tetapi perlukan senaman untuk mengaktifkan otot tersebut, sama juga seperti otot lantai pelvis anda.

Apabila otot lantai pelvis ini kuat dan ketat, ia mampu menahan rahim anda dari jatuh. Malah, dapat membantu anda mengawal kencing dengan lebih baik. 

Ingat, bahawa hanya otot lantai pelvis ini yang menampung rahim anda dari jatuh maka secara logik hanya dengan menguatkan kembali otot ini dapat bantu menaikkan dan mengekalkan kedudukan rahim anda.

Bagaimana senaman Kegel dan rehab pelvik boleh bantu menaikkan rahim selepas bersalin?

Senaman Kegel dan rehab pelvik adalah terbukti secara klinikal berdekad-dekad sebagai rawatan pertahanan pertama untuk kuatkan sokongan rahim.

Urutan sengkak hanya membantu menolak rahim yang jatuh buat sementara waktu, tetapi tidak menguatkan otot lantai pelvis yang lemah. Proses ini juga agak sakit bagi kebanyakan pesakit rahim jatuh, lagi tidak mendatangkan kesan pemulihan.

Selepas anda berdiri atau batuk, rahim itu akan jatuh balik kerana otot lantai pelvis itu tidak kuat untuk menahan dan menyokong rahim di tempat asalnya.

Tarik naik lepas tu jatuh balik juga. Dalam erti kata lain, urutan sengkak itu diibaratkan menarik seluar yang longgar ke atas, padahal jika seluar itu masih longgar, ia akan jatuh ke bawah semula.

ketatkan otot lantai pelvik

Cubalah Cara Naikkan Peranakan yang Tentu Berkesan

Hanya dengan senaman Kegel dan rehab pelvik, merupakan satu-satunya cara terbukti secara klinikal untuk mengetatkan seluar longgar itu dan mengembalikan posisi rahim kita.

Tetapi, senaman Kegel hanya efektif jika dilakukan dengan betul. 

Otot ini hanya ada satu dan tiada gantian. 

Kebanyakan masa wanita yang membuat senaman kemut atau Kegel tidak membuat secara betul malah memudaratkan lagi otot lantai pelvik kendiri secara tidak sengaja.  

Di Vibrance, kami boleh membantu anda membuat senaman Kegel yang betul lagi rehabilitasi kepada tahap sebelum bersalin melalui terapi fisioterapi pelvik yang terbukti secara klinikal berkesan. 

Rehabiltasi pelvik juga mampu mengetatkan faraj secara semula jadi tanpa perlu apa-apa ubat atau suntikan.  

Pulihkan posisi rahim, ketatkan otot faraj, dan kekalkan kualiti hidup kita hari ini juga! 

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp +601159385962 atau hubungi kami dengan butang di bawah untuk membuat temu janji bersama saya atau ahli fisioterapis kesihatan wanita kami.

Untuk baca selanjutnya cara klinikal untuk naikkan rahim secara berkesan lagi berlamaan, ikut pautan artikel di sini

⟵ Back to Uncategorized
×