Cubalah Senaman Kegel dan Naikkan Peranakan Selepas Bersalin

Dikemaskini 16 April 2021
Artikel kesihatan oleh: Fisioterapis Pelvik | Vibrance

Betulkah Urut Sengkak boleh Menaikkan Rahim Selepas Bersalin?

Biasanya, wanita selepas bersalin sudah sinonim dengan urutan traditional sengkak yang bertujuan untuk menaikkan kembali kedudukan rahim. 

Namun, sejauh mana keberkesanannya dalam mengekakalkan kedudukan rahim di tempat asalnya?

Bagaimana pula dengan senaman Kegel yang dapat bantu menaikkan rahim? Adakah ianya fakta atau hanya auta? 

Untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu kenalpasti bagaimana sebenarnya proses rahim jatuh terjadi.

otot lantai pelvik wanita

Semua wanita ada Otot Lantai Pelvis yang terletak di bahagian bawah pundi kencing, rahim dan saluran najis (rektum). Tugas otot ini adalah untuk menyokong kedudukan organ-organ ini di tempat asalnya (lihat gambar di atas).

Ketiga-tiga organ ini berada di tempatnya kerana disokong dan dipegang kukuh oleh otot lantai pelvis dan menghalang organ-organ ini dari jatuh.

Apabila otot lantai pelvis ini lemah dan tisu-tisu di sekelilingnya terkoyak atau meregang akan menyebabkan rahim terjatuh ke dalam faraj yang lebih dikenali sebagai rahim jatuh atau peranakan jatuh. 

Kesan ke atas otot lantai pelvik wanita selepas bersalin

perempuan hamil perlu senaman kegel

Selepas bersalin, otot lantai pelvis menjadi lemah disebabkan regangan dan kecederaan yang di alami semasa proses bersalin. 

Namun begitu, tekanan yang tinggi terhadap otot ini selama 9 bulan bagi menampung berat bayi juga telah menjadikannya makin lemah. 

otot lantai pelvik lemah berbanding dengan kuat

Senaman Kegel atau lebih dikenali sebagai senaman ‘kemut’ merupakan satu-satunya cara untuk menguatkan kembali otot lantai pelvis selepas bersalin. 

Ramai di antara kita memang pernah dengar atau pernah mencuba senaman. Tetapi ramai lagi yang tidak ketahui jika ia dibuat secara betul, kerana otot lantai pelvik tidak dapat dilihat. 

Jika otot boleh menjadi lemah sudah pasti ia boleh dikuatkan kembali tetapi perlukan senaman untuk mengaktifkan otot tersebut, sama juga seperti otot lantai pelvis anda.

Jika otot lantai pelvis ini kuat dan ketat, ia mampu menahan rahim anda dari jatuh. Malah, dapat membantu anda mengawal kencing dengan lebih baik. 

Ingat, bahawa hanya otot lantai pelvis ini yang menampung rahim anda dari jatuh maka secara logik hanya dengan menguatkan kembali otot ini dapat bantu menaikkan dan mengekalkan kedudukan rahim anda.

Bagaimana senaman Kegel bantu menaikkan rahim selepas bersalin?

Urutan sengkak hanya membantu menaikkan rahim yang jatuh buat sementara waktu, tetapi tidak menguatkan otot lantai pelvis yang lemah. 

Selepas anda berdiri atau batuk, rahim itu akan jatuh balik kerana otot lantai pelvis itu tidak kuat untuk menahan dan menyokong rahim di tempat asalnya.

Tarik naik, lepas tu jatuh balik juga. Dalam erti kata lain, urutan sengkak itu diibaratkan menarik seluar yang longgar ke atas, padahal jika seluar itu masih longgar, ia akan jatuh ke bawah semula. 

ketatkan otot lantai pelvik

Cubalah Cara Naikkan Peranakan yang Tentu Berkesan

Hanya dengan senaman Kegel, merupakan satu-satunya cara untuk mengetatkan seluar longgar itu dan mengembalikan posisi rahim kita.

Tetapi, senaman Kegel hanya efektif jika dilakukan dengan betul. 

Otot ini hanya ada satu dan tiada gantian. Kebanyakan masa wanita yang membuat senaman kemut atau Kegel tidak membuat secara betul malah memudaratkan lagi otot lantai pelvik kendiri secara tidak sengaja.  

Di Vibrance, kami boleh membantu anda membuat senaman Kegel yang betul lagi memberikan terapi menguatkan dan mengembalikan kemudaan otot rahim kita. 

Pulihkan posisi rahim, ketatkan otot faraj, dan kekalkan kualiti hidup kita dari RM190. 

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp +601159385962 atau email kepada kami di info@vibrance.com.my untuk membuat temu janji bersama saya atau ahli fisioterapis kesihatan wanita kami.

To book a pelvic consultation, click here. To learn more about the award winning home use pelvic training device, Vibrance Pelvic Trainer, click here. To learn more about the clinically proven holistic pelvic strengthening program, Pelvic360, click here.
⟵ Back to Uncategorized
×