Pernahkah anda dengar tentang Vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Pernahkah anda dengar tentang Vaginismus?

Hubungan seks akan dialami oleh semua individu terutamanya bagi pasangan yang telah berkahwin. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam kehidupan malah dapat memberi pengalaman yang menyenangkan dan patut dinikmati oleh semua individu. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak dapat menikmati rasa keseronokan atau perasaan yang menyenangkan ketika melakukan hubungan intim? Sebaliknya, hanya merasai kesakitan, kesukaran dan kepayahan untuk melakukannya. Anda mungkin akan berasa kecewa dan rasa bersalah kerana tidak dapat bersama pasangan untuk melakukan hubungan seksual seperti pasangan yang lain, dan mungkin yang paling serius lagi adalah anda tidak tahu apa yang patut dilakukan. Bukan itu sahaja, anda juga mengalami kesukaran dan kesakitan apabila menjalani pemeriksaan ginekologi dan juga ketika memasukkan sesuatu seperti tampon. Semua yang berkaitan dengan vulva atau faraj akan menyebabkan anda rasa cemas dan bimbang serta rasa takut terutamanya apabila berlaku penetrasi. Jangan takut! Anda tidak keseorangan. Apa yang anda hadapi sebenarnya adalah ‘Vaginismus’. Ia boleh dirawat dengan mudah tetapi hanya dengan menggunakan kaedah rawatan yang betul.

Kenapa ia berlaku?

Mengapa hanya sesetengah wanita mengalami masalah ini? Bagaimana kehidupan seksual mereka? Adakah rawatan untuknya? Mungkin sejak remaja lagi, anda sering dibayangi stigma sosial mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual terutamanya untuk wanita yang pertama kali ingin melakukannya. Wanita juga sudah terbiasa diajar supaya tidak memikirkan seks sebagai sesuatu yang menyenangkan. Anda mungkin akan berasa bersalah atau malu jika memikirkan soal seks. Anda mungkin berasa takut untuk bertanya mengenai seks kerana ianya merupakan perkara yang kurang sopan dibincangkan dalam komuniti atau budaya anda. Oleh itu, anda tidak bersedia sepenuhnya dan tidak tahu apa yang bakal berlaku ketika hubungan seksual dan perubahan di sekitar faraj itu sendiri. Hal ini dapat menimbulkan kebimbangan dan seterusnya, membawa kepada ketakutan yang tidak diketahui puncanya.

Apa itu Vaginismus?

Vaginismus ialah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi. Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), vaginismus dikategorikan di bawah Kesakitan Genito-Pelvik/Masalah Penetrasi. Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan mula rasa sakit apabila melakukan penetrasi. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita. Vaginismus boleh dikategorikan samada primer atau sekunder. Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal. Vaginismus sekunder ialah apabila wanita dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual sebelum ini tetapi tidak lagi dapat dilakukan disebabkan trauma atau faktor lain.

Bolehkah ia dirawat?

Vaginismus dapat dirawat dengan mudah, namun ia memerlukan rawatan gabungan dari aspek fizikal dan psikologi. Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi. Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj. Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman Kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks. Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri. Anda akan lebih mengetahui dan memahami apakah yang akan berlaku dan apakah yang anda akan hadapi ketika hubungan seksual serta bagaimana cara untuk mengendalikan masalah itu dengan lebih positif. Walau bagaimanapun, gabungan rawatan ini akan mengambil masa dan usaha daripada kedua-dua pihak iaitu terapis dan pesakit. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mendapatkan peningkatan yang lebih baik dan progresif. Latihan yang kerap memberikan kesan yang lebih baik, dengan lebih banyak latihan (terutamanya apabila anda melibatkan pasangan anda), proses penyembuhan akan berlaku lebih cepat. Pusat Penjagaan Pelvis Vibrance ada menyediakan rawatan yang komprehensif dengan menggabungkan kepakaran ahli seksual terapi dan ahli fisioterapi kesihatan wanita yang mempunyai pengalaman dalam mengatasi masalah vaginismus. Jika anda rasa anda mempunyai simptom vaginismus, anda disarankan untuk mendapat konsultasi secepatnya daripada ahli seksologi dan ahli fisioterapi kesihatan wanita kami di Vibrance. Privasi anda adalah keutamaan kami. Tel: +603-22012115 / WhatsApp Careline Image result for whatsapp icon logo +011-59385962 (W.P. KL – Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia)
To book a pelvic consultation, click here. To learn more about the award winning home use pelvic training device, Vibrance Pelvic Trainer, click here. To learn more about the clinically proven holistic pelvic strengthening program, Pelvic360, click here.
⟵ Back to Uncategorized
×