Rawatan Fisioterapi Pembedahan Kanser Prostat (Prostatektomi)

Jalankan Rehabilitasi anda sebelum masalah lepas pembedahan mengurangkan kualiti kehidupan anda

Dikemaskini 14 April 2021 | Artikel kesihatan oleh:
Aleeza Hanee bt Alykallam (Fisioterapis Pelvik, Vibrance)

Rehabilitasi and Pulihkan Otot anda selepas Prostatektomi

Majoriti lelaki yang menghidapi kanser prostat lebih cenderung untuk melakukan prosedur prostatektomi di mana pembedahan akan dilakukan untuk membuang kelenjar prostat secara menyeluruh (lihat Gambar 1 – di mana prostat dibulatkan). 

prostatektomi fisioterapi
Gambar 1: Prostat dibuang setelah prostatektomi

Kesan sampingan selepas prostatektomi

Pembedahan ini boleh menghapuskan sel kanser dan pembesaran prostat namun prosedur ini juga menyebabkan masalah sampingan yang lain termasuk urin inkontinen (hilang kawalan kencing). Tahap dan kekerapan urin inkontinen selepas prostatektomi adalah berbeza untuk setiap individu.

Salah satu cara untuk merawat inkontinen selepas pembedahan adalah mendapatkan konsultasi dan rawatan dari fisioterapis. Pakar fisioterapi yang berpengalaman dengan masalah disfungsi otot lantai pelvik boleh membantu pesakit lelaki untuk mengembalikan fungsi otot yang amat penting untuk kawalan kencing dengan melakukan senaman kekuatan dan/atau senaman relaksasi.

Otot lantai pelvik yang menyerupai bentuk trampolin dan terletak di bahagian bawah pelvik, di antara tulang pubik dan tulang coccyx. Otot ini berfungsi untuk memberi sokongan kepada organ-organ pelvik (pundi kencing, usus), mengawal kencing dan proses buang air besar dan juga penting untuk aktiviti seksual.

Apabila otot lantai pelvik ini lemah terutama selepas prostatektomi, fungsi atau tugas otot seperti yang dinyatakan di atas akan terganggu. 

Senaman Kegel Membantu Rehabilitasi selepas Pembedahan Prostat

kegel exercise for men

Ramai beranggapan senaman Kegel sinonim dengan wanita. Namun hakikatnya, lelaki juga BOLEH dan PERLU lakukan senaman Kegel. Lebih-lebih lagi jika simptom otot lantai pelvik lemah semakin ketara selepas pembedahan prostat. Antara simptom-simptomnya adalah:

  • Kurang/hilang kawalan kencing
  • Kerap ke tandas
  • Terkucil
  • Kerap sembelit
  • Ejakulasi pra-matang
  • Kurang/hilang ereksi

Efektif-kah Senaman Kegel untuk Pemulihan selepas Pembedahan Prostatektomi?

Kajian mendapati pesakit selepas prostatektomi yang mendapat bimbingan dan rawatan fisioterapi secara individu berjaya menyembuhkan isu urin inkontinen mereka sebanyak 87%. Selain itu, tahap kesakitan di bahagian pelvik juga menurun.

senaman kegel berkesan

Bagaimana untuk Lakukan Kegel secara Berkesan?

Senaman Kegel tidaklah susah, namun ia mungkin agak mencabar untuk dilakukan selepas pembedahan prostat jika tiada bimbingan yang betul dari fisioterapis, dan yang lebih membimbangkan jika teknik yang salah itu boleh menyebabkan keadaan kesihatan menjadi lebih teruk. 

Oleh sebab itu, fisioterapis yang berpengalaman dalam bidang disfungsi otot lantai pelvik akan berbincang dengan pesakit untuk merangka pelan rawatan yang spesifik mengikut keadaan kesihatan pelvik masing-masing.

Tidak semua rawatan akan memfokuskan kepada kekuatan atau kontraksi otot lantai pelvik. Jika anda mempunyai otot yang overactive, fisioterapis akan membimbing anda untuk lakukan senaman relaksasi. Jadi sangat penting ya untuk dapatkan konsultasi dahulu sebelum melakukan sebarang senaman di rumah.

  1. Kemut/ketatkan otot yang tepat.
  2. Cara untuk kenal pasti otot lantai pelvik adalah dengan cara menghentikan proses buang air kecil pada bahagian tengah zakar atau kemut pada bahagian lubang anus anda.
  3. Kemut selama 3-5 saat, rehat sebentar sebelum memulakan kemutan seterusnya dan ulang selama 10 kali, anda boleh lakukan sebanyak 3 kali set untuk sehari.
  4. Pastikan anda tidak menahan nafas sepanjang kemutan dan tidak menggunakan otot sampingan lain seperti otot perut, peha dan punggung

Gambar di bawah merupakan contoh dimana jika anda lakukan Kegel dengan cara yang betul, anda akan dapati zakar akan berasa terangkat semasa kemutan.

Teknik-teknik di atas adalah teknik yang sangat asas untuk lelaki yang asimptomatik dan sebelum membuat pembedahan pembuangan prostat.

Ingin Pulihkan ke Tahap sebelum Pembedahan Prostat?

Saranan saya sebagai Fisioterapis Kesihatan Pelvik adalah jika anda: 

  • bakal atau sudah melakukan pembedahan prostatektomi,
  • ada masalah kawalan kencing, terkucil,
  • ejakulasi pra matang,
  • atau masalah pelvik yang lain,

sila dapatkan rawatan rehabilitasi otot lantai pelvis dari pakar Fisioterapis Kesihatan Pelvik terdekat anda.

Atau dapatkan booking konsultasi pertama anda dengan saya di Vibrance Pelvic Health Centre dengan klik butang di bawah.

To book a pelvic consultation, click here. To learn more about the award winning home use pelvic training device, Vibrance Pelvic Trainer, click here. To learn more about the clinically proven holistic pelvic strengthening program, Pelvic360, click here.
⟵ Back to Uncategorized
×