Vaginismus: Apa yang Anda Perlu Tahu

Vaginismus ialah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.

Vaginismus ialah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita. 

Keadaan ini menyebabkan hubungan seksual, peluang melahirkan anak dan juga pemeriksaan ginekologi amat sukar dan kadangkala mustahil.

 
Untuk akses mudah:

1) Apa itu Vaginismus?

2) Simptom Vaginismus

3) Rawatan untuk Vaginismus

Apa itu Vaginismus?

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), vaginismus dikategorikan di bawah Kesakitan Genito-Pelvik/Masalah Penetrasi. Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan mula rasa sakit apabila melakukan penetrasi. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita.

Terdapat pelbagai kategori Vaginismus, iaitu:

Vaginismus primer berlaku apabila wanita tidak pernah dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual kerana masalah ketegangan otot faraj yang tidak terkawal.

Vaginismus sekunder ialah apabila wanita dapat melakukan penetrasi zakar ketika hubungan seksual sebelum ini tetapi tidak lagi dapat dilakukan disebabkan trauma atau faktor lain.

Vaginismus global bermaksud masalah ini bukan sahaja ketika penetrasi zakar dalam hubungan seksual tetapi juga dengan sebarang objek yang cuba dimasukkan ke dalam faraj akan menyebabkan halangan.

Vaginismus mengikut keadaan hanya berlaku di bawah keadaan tertentu sahaja. Contohnya, ia mungkin hanya berlaku semasa hubungan seksual sahaja tetapi tidak semasa pemeriksaan ginekologi atau semasa memasukkan tampon.

 

Apakah simptom jika saya ada Vaginismus?

Setiap individu mungkin mempunyai simptom-simptom vaginismus yang berbeza.

Tetapi kebiasannya, simptom yang sering dihadapi oleh wanita adalah kesukaran untuk membenarkan penetrasi berlaku ketika hubungan seksual atau sebarang objek masuk ke dalam faraj.

Ia terjadi kerana kekejangan dan ketegangan otot pada faraj yang tidak dapat dikawal.

Wanita juga akan merasa sakit semasa berlakunya penetrasi kerana otot di sekitar faraj tidak dapat dikawal dan secara automatiknya menghalang penetrasi berlaku.

Kesakitan yang dialami wanita ketika menjalinkan hubungan seksual menyebabkan ketidakselesaan, kurang kepuasan dan mungkin juga akan memberikan pengalaman hubungan seksual yang traumatik untuk kedua-dua pasangan itu.

Vaginismus juga boleh digambarkan sebagai mekanisma pertahanan dimana otak memberi isyarat kepada faraj untuk mengecut seterusnya menjurus kepada kekejangan otot-otot di sekelilingnya apabila cubaan untuk penetrasi berlaku.

Rawat vaginismus dengan memahami puncanya.

 

Mengapa saya ada vaginismus?

Setakat ini, penyelidik tidak dapat mengenal pasti punca tertentu mengapa wanita mengalami masalah ini. Walau bagaimanapun, ia biasanya dikaitkan dengan kebimbangan dan ketakutan untuk melakukan hubungan seksual.

Sebagai contoh, stigma sosial mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual boleh mempengaruhi tahap kebimbangan wanita di mana mereka tidak memahami proses dan apa yang mereka bakal hadapi semasa hubungan seksual.

Masalah perubatan seperti jangkitan saluran kencing (UTI) atau jangkitan yis, pembedahan pelvik atau kesan sampingan daripada masalah perubatan lain juga boleh menjadi penyebab vaginismus.

Rawatan vaginismus dapat membantu anda untuk melakukan hubungan seksual dan mempunyai anak tanpa menggunakan prosedur IVF.

 

Apa yang boleh saya lakukan?

Hubungan seksual dan keinginan untuk hamil secara semulajadi biasanya terjejas disebabkan oleh vaginismus kerana ianya sangat sulit bagi seorang wanita itu untuk melakukan penetrasi zakar ketika hubungan intim. Kini tidak perlu bimbang lagi, kerana masalah ini dapat dirawat dengan mudah.

 

Dapatkan Rawatan untuk Vaginismus

Gabungan rawatan yang terdiri daripada fizikal dan psikologi adalah amat disyorkan untuk merawat vaginismus kerana masalah ini tertumpu kpada dua aspek tersebut.

Salah satu kaedah rawatan yang digunakan adalah desensitasi.

Di sinilah proses untuk mengendalikan serta mengawal ketakutan dan kebimbangan yang dirasai oleh wanita dan dalam masa yang sama melatih otot faraj untuk merasai proses penetrasi atau kemasukan sesuatu ke dalam faraj.

Rawatan untuk ketegangan otot dan senaman Kegel juga akan dilakukan bagi membantu otot-otot di sekitar faraj menjadi lebih relaks.

Pendidikan seks juga adalah salah satu rawatan penting untuk membantu anda lebih memahami tubuh badan dan seks itu sendiri.

Anda akan lebih mengetahui dan memahami apakah yang akan berlaku dan apakah yang anda akan hadapi ketika hubungan seksual serta bagaimana cara untuk mengendalikan masalah itu dengan lebih positif.

Walau bagaimanapun, gabungan rawatan ini akan mengambil masa dan usaha daripada kedua-dua pihak iaitu terapis dan pesakit. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mendapatkan peningkatan yang lebih baik dan progresif.

Komunikasi adalah sangat penting untuk memastikan kedua-dua pihak memahami proses rawatan untuk vaginismus. Komitmen daripada pesakit untuk mengamalkan nasihat dan tips rawatan dari terapis  di rumah juga adalah kunci kejayaan rawatan ini.

Latihan yang kerap memberikan kesan yang lebih baik, dengan lebih banyak latihan (terutamanya apabila anda melibatkan pasangan anda), proses penyembuhan akan berlaku lebih cepat.

Sebaliknya, jika kita memilih untuk mengabaikan atau melengahkan rawatan untuk mengatasi vaginismus, ini akan menyebabkan otot-otot di faraj akan terbiasa dengan keadaan itu seterusnya akan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaik pulih keadaan otot tersebut.

Ketakutan kita terhadap kesakitan semasa hubungan seksual boleh menjejaskan hubungan kita dengan pasangan dan juga keyakinan diri.

 

Adakah Anda bersedia untuk sembuh?

Jika anda bersedia untuk merawat dan menyelesaikan masalah ini, Pusat Penjagaan Pelvis Vibrance (VPCC) ada menyediakan rawatan yang komprehensif dengan menggabungkan kepakaran ahli seksual terapi dan ahli fisioterapi kesihatan wanita yang mempunyai pengalaman dalam mengatasi masalah vaginismus.

Peningkatan dalam proses penyembuhan akan dapat dirasai selepas menjalani rawatan yang dikhususkan berdasarkan keperluan anda. 

Untuk mengatasi masalah ini mungkin agak mencabar, namun keberhasilan mengatasinya memberikan kepuasan dan membawa berita gembira untuk setiap klien kami.

Jika anda mula mendapati dan mengesan simptom vaginimus yang disebutkan di atas, mula atau sudah mengalami kesakitan semasa menjalinkan hubungan seksual (dispareunia), adalah sangat disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada kami bagi memastikan samada anda benar-benar mengalami masalah ini atau sebaliknya.

Mengambil langkah awal untuk mengatasi masalah ini adalah sangat disyorkan bagi mengelakkan ianya menjadi normal atau rutin seterusnya memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan bersama pasangan.

Artikel asal (Bahasa Inggeris) oleh:
Sexologist Vibrance Pelvic Care Centre

Pertanyaan / Appointment:
Tel: WhatsApp Careline Image result for whatsapp icon logo +011-59385962 (W.P. Kuala Lumpur, Malaysia)

To book a pelvic consultation, click here. To learn more about the award winning home use pelvic training device, Vibrance Pelvic Trainer, click here. To learn more about the clinically proven holistic pelvic strengthening program, Pelvic360, click here.
⟵ Back to Uncategorized
×