Maklum Balas Bio secara Getaran
Apabila anda mengemut dengan betul, anda akan merasakan isyarat getaran yang memaklumkan bahawa teknik kemutan anda adalah betul dan otot lantai pelvis telah diaktifkan. Tiada lagi keraguan selepas ini!
Dalam terbitan jurnal Urology, kajian klinikal pada tahun 2015 membuktikan keberkesanan VPT untuk menyembuhkan masalah kawalan kencing melalui latihan dan penguatan otot lantai pelvis.
VPT dinilai dan diuji oleh pelbagai piawaian ketat global bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya.
Disarung oleh lapisan getah silikon Gred Perubatan berkualiti tinggi anti-mikrob dan hypoallergenic, VPT mampu menjamin kebersihan dan perlindungan kawasan peribadi anda tanpa kesan alahan dan infeksi.
Penggunaan navigasi 1 butang tanpa memerlukan telefon pintar membolehkan anda melengkapkan 1 set latihan pelvis dalam 10 minit.
Reka bentuk mesra pengguna dan ergonomik VPT diiktiraf dan dianugerahkan Medical Design Excellence Award yang berprestij pada tahun 2012.
Mekanisme maklum balas bio secara getaran VPT membolehkan anda mensasarkan dan mengaktifkan otot lantai pelvis secara 100% tepat dan betul.
Isyarat getaran yang dipatenkan ini dapat meningkatkan penyelarasan antara minda dan otot bagi perkembangan otot lantai pelvis secara sasaran efektif.
Bimbingan audio terbina dalam VPT boleh memberikan isyarat kepada anda sepanjang latihan pengaktifan otot lantai supaya anda mencapai kitaran yang disarankan.
Lakukan kontraksi otot panjang (tahan) dan pendek mengikuti isyarat 'beep' dan rehatkan kemutan ketika tiada isyarat audio.
VPT adalah satu-satunya alat kesihatan pelvik yang ada ciri-ciri peningkatan kekuatan otot secara progresif yang disokong oleh doktor pakar gynaecology, uro-gynaecology dan urology.
Latihan otot dengan elemen resistif melalui sarung resistif yang dipatenkan dapat meningkatkan halangan dan cabaran ke otot lantai pelvis. Ia mampu mempercepatkan dan memanjangkan kesan latihan anda.
Hubungi kami secara online, di talian Vibrance Careline atau lawati kami di VPCC untuk dapatkan bantuan dan bimbingan secara privasi daripada Fisioterapis Kesihatan Wanita kami yang professional agar latihan pelvis anda berjaya dijalankan dengan lebih tepat, dan efektif.
Apabila anda mengemut dengan betul, anda akan merasakan isyarat getaran yang memaklumkan bahawa teknik kemutan anda adalah betul dan otot lantai pelvis telah diaktifkan. Tiada lagi keraguan selepas ini!
Dengan bantuan Audio Coach, anda boleh fokus untuk melakukan kemutan yang betul. Ikuti bunyi “beep” dan lakukan kemutan dan rehatkan otot lantai pelvis ketika tiada bunyi.
Audio Coach mempunyai 2 jenis bunyi iaitu bunyi “beep” yang panjang dan yang singkat. Kitaran senaman pelvik dengan mengikuti Audio Coach akan meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot lantai pelvis anda.
VPT boleh digunakan secara mudah dengan hanya menekan satu butang, tanpa memerlukan alat tambahan seperti telefon pintar atau peranti aplikasi yang lain.
Anda boleh melengkapkan satu sesi penguatan atau pemulihan kesihatan pelvik dalam 10 minit setiap sesi.