Click icon for English version

Terbukti secara klinikal
Diiktiraf anugerah medikal
Kesihatan pelvik di privasi rumah anda

Vibrance Pelvic Trainer

Vibrance Pelvic Trainer ("VPT") merupakan alat kesihatan pelvik yang diluluskan oleh US FDA dan terbukti secara klinikal untuk menyembuhkan masalah kawalan kencing dan menguatkan otot lantai pelvis secara sasaran yang tepat.


Terbukti secara klinikal

Dalam terbitan jurnal Urology, kajian klinikal pada tahun 2015 membuktikan keberkesanan VPT untuk menyembuhkan masalah kawalan kencing melalui latihan dan penguatan otot lantai pelvis.


Gred Perubatan

VPT dinilai dan diuji oleh pelbagai piawaian ketat global bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya.

Disarung oleh lapisan getah silikon Gred Perubatan berkualiti tinggi anti-mikrob dan hypoallergenic, VPT mampu menjamin kebersihan dan perlindungan kawasan peribadi anda tanpa kesan alahan dan infeksi.


Mudah dan Praktikal

Penggunaan navigasi 1 butang tanpa memerlukan telefon pintar membolehkan anda melengkapkan 1 set latihan pelvis dalam 10 minit.

Reka bentuk mesra pengguna dan ergonomik VPT diiktiraf dan dianugerahkan Medical Design Excellence Award yang berprestij pada tahun 2012.


Mekanisme Maklum Balas Bio yang Dipatenkan

Mekanisme maklum balas bio secara getaran VPT membolehkan anda mensasarkan dan mengaktifkan otot lantai pelvis secara 100% tepat dan betul.

Isyarat getaran yang dipatenkan ini dapat meningkatkan penyelarasan antara minda dan otot bagi perkembangan otot lantai pelvis secara sasaran efektif.


Bimbingan Audio

Bimbingan audio terbina dalam VPT boleh memberikan isyarat kepada anda sepanjang latihan pengaktifan otot lantai supaya anda mencapai kitaran yang disarankan.

Lakukan kontraksi otot panjang (tahan) dan pendek mengikuti isyarat 'beep' dan rehatkan kemutan ketika tiada isyarat audio.


3 Tahap Penambah Kekuatan

VPT adalah satu-satunya alat kesihatan pelvik yang ada ciri-ciri peningkatan kekuatan otot secara progresif yang disokong oleh doktor pakar gynaecology, uro-gynaecology dan urology.

Latihan otot dengan elemen resistif melalui sarung resistif yang dipatenkan dapat meningkatkan halangan dan cabaran ke otot lantai pelvis. Ia mampu mempercepatkan dan memanjangkan kesan latihan anda.


Khidmat Sokongan Peribadi

Hubungi kami secara online, di talian Vibrance Careline atau lawati kami di VPCC untuk dapatkan bantuan dan bimbingan secara privasi daripada Fisioterapis Kesihatan Wanita kami yang professional agar latihan pelvis anda berjaya dijalankan dengan lebih tepat, dan efektif.

VPT

Apa yang perlu dijangka?

Maklum Balas Bio secara Getaran

Apabila anda mengemut dengan betul, anda akan merasakan isyarat getaran yang memaklumkan bahawa teknik kemutan anda adalah betul dan otot lantai pelvis telah diaktifkan. Tiada lagi keraguan selepas ini!

VibranceProduct1

Bimbingan "Audio Coach"

Dengan bantuan Audio Coach, anda boleh fokus untuk melakukan kemutan yang betul. Ikuti bunyi “beep” dan lakukan kemutan dan rehatkan otot lantai pelvis ketika tiada bunyi.   

Audio Coach mempunyai 2 jenis bunyi iaitu bunyi “beep” yang panjang dan yang singkat. Kitaran senaman pelvik dengan mengikuti Audio Coach akan meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot lantai pelvis anda.

Operasi 1 Butang

VPT boleh digunakan secara mudah dengan hanya menekan satu butang, tanpa memerlukan alat tambahan seperti telefon pintar atau peranti aplikasi yang lain.  

 Anda boleh melengkapkan satu sesi penguatan atau pemulihan kesihatan pelvik dalam 10 minit setiap sesi.  

 

VibranceProduct3
Bagaimana untuk mengemut dengan VPT?
Cara paling berkesan untuk mengemut otot lantai pelvis adalah membayangkan anda perlu menahan kencing atau cuba mengecutkan otot faraj anda. Kemutan anda betul jika anda merasakan getaran yang dikeluarkan dari VPT adalah konsisten. Sila pastikan anda tidak menggunakan otot lain seperti otot punggung, otot perut, otot peha dan juga tidak menahan nafas ketika melakukan senaman ini. Kemutan yang betul mempunyai pergerakan menaik dan mengecut, bukan dengan cara meneran.
Jika saya tidak dapat merasakan getaran maklum balas bio?
Untuk makluman anda, masalah tidak dapat getaran pada awal-awal latihan sangatlah normal. Kebanyakan orang mungkin mengambil masa dalam 3 atau 4 hari jika latihan dilakukan setiap hari untuk dapatkan penglibatan yang menyeluruh dari otot pelvis ketika melakukan kemutan. Ini kerana, otot memerlukan sedikit ‘warm up’ atau masa untuk dapatkan kekuatan yang optimum untuk hasilkan getaran. Jadi, anda boleh teruskan latihan anda walaupun tiada getaran yang dihasilkan, kerana setiap kali anda lakukan kemutan, Ia juga akan membantu meningkatkan sedikit sebanyak kekuatan otot anda. Namun, jika anda masih menghadapi masalah yang sama setelah banyak kali latihan telah dijalankan, Fisioterapis Kesihatan Wanita kami sedia membantu untuk memberi bimbingan secara privasi.
Previous
Next

VPT

Untuk Kekuatan dan Ketepatan,
Cukup Praktikal dengan Privasi

Keyakinan Penuh dengan Senaman Pelvik di Rumah

Kawalan Kencing yang lebih baik

Meningkatkan Kepuasan Seksual

Gred Perubatan yang Selamat dan Berkesan

Privasi dan Praktikal

Bimbingan dan Sokongan Fisioterapis Vibrance

Keyakinan Penuh dengan Senaman Pelvik di Rumah

Kawalan Kencing yang lebih baik

Meningkatkan Kepuasan Seksual

Keselamatan dengan Gred Perubatan

Privasi dan Praktikal

Bimbingan dan Sokongan Fisioterapis Vibrance

Kembalikan Kesihatan Pelvis Anda

×